Saturday, March 22, 2008

6 Sifat Sahabat

1. HAKIKAT YAKIN DENGAN KALIMAH “LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURASULULLAH”.

2. HAKIKAT SOLAT KHUSYUK DAN KHUDHU’.

3. HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR.

4. HAKIKAT IKRAM MUSLIMIN.

5. HAKIKAT IKHLAS NIAT.

6. HAKIKAT DAKWAH DAN TABLIGH.


KETERANGAN

Ø YAKIN PADA KALIMAH “LAILAHAILLALLAH” bermaksud yakin bahawa hanya Allah S.W.T. yang berkuasa ke atas seluruh alam ini.

Kita hendaklah setiap hari melihat, bercakap, mendengar tentang kebesaran Allah S.W.T.

Ø YAKIN PADA KALIMAH “MUHAMMADURRASULULLAH”bermaksud keyakinan bahawa Nabi Muhammad itu adalah rasul ALLAH yang diutuskan . Hanya dengan mengikuti segala sunnah Rasul akan membawa kepada keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

Kita hendaklah sentiasa mengamalkan segala sunnah-sunnah Nabi dalam kehidupan seharian.ini kerana Nabi telah dihantarkan oleh ALLAH kepada umat manusia bagi menyempurnakan akhlak –akhlak yang mulia.