Friday, September 28, 2007

Fakta Atau Auta

FAKTA: Peningkatan paras laut

· Kadar peningkatan purata paras laut dunia adalah sekitar 1.8 milimeter (mm) setahun bagi tempoh 1961 hingga 2003 tetapi ia meningkat pada kadar lebih tinggi iaitu 3.1 mm setahun dari tempoh 1993 hingga 2003.

· Dianggarkan 80 peratus haba yang terdapat di atmosfera akan diserap lautan sehingga lautan juga menjadi panas sehingga ke kedalaman 3,000 meter dan apabila lautan menjadi panas, isipadunya juga akan bertambah.

· Jangka masa peningkatan paras laut mengambil masa yang lama disebabkan proses mengagihkan haba secara keseluruhan dalam lautan mengambil masa yang lama.


INFO: Pemanasan global

· Berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas menyebabkan peningkatan mendadak karbon dioksida dalam atmosfera. Karbon dioksida dan gas rumah hijau lain mampu menyerap haba solar serta memanaskan haba terbabit. Keadaan ini adalah sesuatu yang bagus kerana ia menyebabkan Bumi kita sesuai untuk didiami.

· Bagaimanapun, peningkatan mendadak karbon dioksida di atmosfera akibat pelepasan gas rumah hijau tanpa adanya keseimbangan penyerapan oleh pohon hijau (yang semakin berkurangan akibat aktiviti pembalakan) menyebabkan suhu di Bumi semakin panas.

· Kajian penyelidik Institut Fizik Universiti Bern dan ?Projek Eropah mengenai Empulur Ais di Antartika? membentangkan data yang empulur ais di kawasan itu mengandungi paras karbon dioksida lebih tinggi berbanding 650,000 tahun lalu.

· Amerika Syarikat dan Australia adalah antara negara yang enggan menandatangani Protokol Kyoto 1997 yang diperkenalkan sebagai usaha mengurangkan pemanasan global dengan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau khususnya pelepasan sebatian karbon di kalangan negara peserta.

· Pengumpulan data oleh saintis mendapati 2005 direkodkan sebagai tahun paling panas di bumi sejak penghujung abad ke-19 manakala 1998 adalah tahun kedua paling panas.

· Kajian terbitan jurnal ?Nature? pada 2004 meramalkan yang perubahan iklim dunia akan menyebabkan lebih satu juta spesies pupus menjelang 2050.