Wednesday, September 19, 2007

Jangan Risau KFC Dijamin Halal

Seperti diketahui, semua penyembelih di AYAMAS adalah lelaki dan dilatih oleh JAIS. AYAMAS iaitu tempat sembelihan bagi syarikat KFC ialah pusat sembelihan yang di kawalselia oleh Jab. Haiwan Malaysia. Ayamas mempunyai rekod yang terbaik tentang ayam yang dilupuskan kerana mati sebelum disembelih malahan ayam yang berpenyakit pun dilupuskan juga dan operasi harian Ayamas dikawalselia oleh Jab. Haiwan.

80%pekerja di syarikat ini terdiri daripada orang Islam. Adakah mereka semua tidak boleh dipercayai ? Pengurus Pengeluaran adalah anggota Majlis Penasihat Syariah KFCH. Seorang yang sangat kuat berpegang kepada ajaran agama. pihak jabatan agama Islam Selangor pula sentiasa membuat lawatan mengejut bagi mempastikan segala halal syarat dipenuhi. Ayamas ialah pusat sembelihan contoh yang terbersih dan terbaik di Malaysia. Majlis Penasihat Shariah [MPS] KFCH terdiri daripada ulama besar Malaysia yang berwibawa dam mereka melawat dan memastikan semua syarat halal di patuhi.

Kerajaan Negara Brunei, hanya mengimport produk ayam daripada Ayamas sahaja sedangkan mereka sangat teliti mengenai hal hal halal. Ini menunjukan mereka benar benar yakin dengan proses halal di Ayamas.. Tanda logo halal di restoran KFC atau PizzaHuts dikeluarkan secara khusus oleh MPS. Tidak benar jika menuduh semua tokoh Mufti ini palsu. Pandangan mufti Selangor bahawa ayam yang diproses oleh Ayamas ini tadak perlu dibasuh lagi kerana telah bibersihkan dengan sempurna mengikut kehendak Islam.

Mohamad Shafie, Setiausaha Majlis Penasihat Shariah(MPS) dan Penasihat Hal Ehwal Awam KFCH.