Tuesday, September 25, 2007

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah
adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka
rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan
setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam
solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud
didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada
sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan
sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan
sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan
sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan
sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu)
sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya
akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan
kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI klu tak cukup nafas
boleh berhenti di Alaihim .
Ghoirilmagdu............. sehingga habis
hendaklah dibaca tanpa henti.
Walaoddo...el.... liin (do mesti 6
harakat , el mesti 1 harakat dan liin
boleh 2, 4 atau 6 harakat )

8) AMIN .hendaklah mengaminkan
Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 6
harakat (iaitu 3 gerak jari) , semoga
Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat
Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu
ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.